Another products from E-Dymium...
"Huh...ape plak menatangnye Neo-Dy Saver nie.... Bleh makan ke????"
gitu lah reaksi seorang member bila saya ckp pasal bende alah nie...
Reason pasal dia cakap camtu kemungkinan besar sebab dia ingat E-Dymium ni keluarkan produk kesihatan je....
Pastu saya cakap balik ngan dia, kalo dia pasang benda ni kat salur petrol keta dia, dia akan dapat banyak penjimatan petrol... Duit lebih tu boleh lah buat beli benda makan....
Ini adalah alat peningkat prestasi kereta tanpa ubahsuai ekstrem... just plug and play... takpayah nak setting2 karburetor atau injector...
Neo-Dy Saver bertindak sebagai alat penjimat minyak dan mengurangkan pencemaran dengan menggunakan teknologi hidrodinamik magnetik yang melancarkan pembakaran minyak hidrokarbon.
Neo-Dy Saver ini berfungsi dengan memecahkan molekul2 minyak menjadi lebih kecil dan tersusun supaya molekul minyak yang sampai ke ruang pembakaran terbakar dengan sempurna.
Dengan kata lain, ia menambah keberkesanan pembakaran bersih di dalam enjin dan juga mengurangkan pengeluaran asap merbahaya di samping meningkatkan prestasi enjin. Berkonsepkan ‘plug n play’, alat ini sungguh mudah dipasangkan pada kenderaan anda.Alat ini menggunakan prinsip pemangkin pengionan secara magnetik
Kelebihan penggunaan Neo-Dy Saver:-
1. Jimat minyak, jimat wang, lebih km/liter (Km/liter/Kuasa)
Perolehan lebih km/liter adalah kesan ketara peningkatan kuasa enjin. Akan tetapi jika kuasa tambahan itu digunakan untuk pecutan dan pemanduan laju, penjimatan minyak mungkin tidak tercapai.
2. Melancarkan enjin/Lebih mudah menghidupkan enjin
Enjin yang lebih lancar merupakan salah satu kesan pertama yang dirasai pemandu; ini disebabkan oleh kesan pembakaran sempurna dan seimbang; dan di atas sebab yang sama, enjin lebih mudah dihidupkan.
3. Peningkatan prestasi enjin
Muncung suntikan minyak menjadi lebih bersih semasa molekul oksigen dan hidrogen menerjah masuk ke ruang pembakaran, lantas mengeluarkan pengumpulan karbon di dalam enjin. Enjin lebih berkuasa, jangka hayat berpanjangan dan kos penjagaan kenderaan berkurang untuk jangka masa panjang.
4. Peningkatan tork
Tork akan meningkat apabila enjin dipasang dengan alat ini. Bagi kenderaan turbo, pindahan kuasa daripada normal ke turbo menjadi lebih lancar dengan peningkatan tork.
5. Menghalang terjadinya lapisan kerak dan hakisan enjin
Lapisan karbon yang terbina di dalam ruang pembakaran merupakan faktor utama pengurangan prestasi enjin. Lapisan kerak pada permukaan injap menjadikannya tidak rata lalu menghalang kelancaran kitaran minyak. Lapisan ini juga menyebabkan kurangnya kapasiti isipadu (c.c.) enjin. Alat ini membantu mengeluarkan kerak tersebut dan menjaga kebersihan enjin serta keasliannya.
6. Pengurangan 50% pencemaran karbon monoksida dan hidrokarbon
Ujian telah menunjukkan alat ini mengurangkan kadar pencemaran karbon monoksida, karbon dioksida, hidrokarbon dan oksid nitrogen.
7. Kos penjagaan berkurang
Dengan pembakaran sempurna, Neo-Dy Saver membantu mengurangkan penjagaan dan kadar penggunaan enjin serta memanjangkan tempoh penukaran palam pencucuh dan minyak enjin.
LAIN LAIN KEGUNAAN:-
Untuk Menjimatkan Gas memasak
(cuma perlu pasang pada salur getah gas)
Untuk Membuat air magnetik
( Pasangkan pada saluran air)


0 Ulasan:
Catat Ulasan
Langgan Catat Ulasan [Atom]
<< Laman utama